November 10, 2018

NOVEMBER, PLEASE BE NICE

Assalamualaikum 😄

Wow lama betul I tak update blog. I'm so sorry. Busy sangat dekat uni sampai tak sempat nak update apa-apa. Tidur pun dah tak menentu. Kalau ada masa free pun, itulah masa nak tidur. Banyak sangat assignments, test & event yang ada dekat uni. I memang suka join volunteer untuk event kat uni. Almaklumlah nak kumpul kupon untuk duduk dekat kolej 😂

Personal life

Agak stress. Banyak killer subjects untuk sem ni & I have to focus more. Well, sifat malas I memang sangat menguasai diri. Sekarang ni tengah cuti mid-sem and next week banyak sangat benda nak kena settle & I PERLU STUDY SEBAB TEST & QUIZ BANYAK ! Mungkin sebab subject tu susah nak faham sampai I fed up. Genetics and Parasitology are killing me.

Image result for stress gif

Okay relax nina 😌 So, I dah start pegang jawatan untuk Persatuan Silat Gayung Fatani dekat uni sebagai setiausaha, I join KShoppe, sebagai pekerja/penjual. KShoppe ni kedai jualan dan buat masa ni kitorang jual ais krim dan akan datang ada makanan, dia lebih kepada cafe kitorang buat untuk sem ni. Selain tu, I plan nak buat program anjuran silat kitorang, nak buat kem, so proposal dalam proses.

Dan lagi 2 bulan nak masuk tahun baru, I still belum ada boyfriend 😂 Okay actually I takut dengan komitmen. Memang kadang-kadang rasa nak ada pasangan, tapi I takut leka & malas nak jaga perasaan orang buat masa ni since hidup I pun tengah serabut 😂 

Okay itu je.

Music

Sekarang ni I tengah layan lagu debut IZ*ONE - La Vie En Rose & lagu baru Weki Meki - Crush.

I minat semua IZ*ONE members, tapi ada bias jugak hehe 😁 
Dancer, I pilih Chae Yeon.
Vocalist, I pilih Yuri.
Visual, I pilih Sakura.
Rapper, I pilih Yena.

Image result for izone gif

I nak recommend kat korang WebComics app dekap playstore. Sesiapa yang suka baca komik romantic masa sekolah dulu tu, haa sekarang dah ada app. Ada banyak genre, korang boleh pilih mana yang korang suka. Setiap cerita akan diupdate ikut waktu yang penulis dia tetapkan. So kalau bosan tu boleh la layan app ni 😉

Image result for webcomics app

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

August 31, 2018

MUNAFIK 2

Image result for munafik 2

Release date : 30 Ogos 2018
Genre : Seram, islamik
Casts : Syamsul Yusof, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi
Rating : ★★★★★

SINOPSIS
Ustaz Adam perlu menentang seorang lelaki yang mengajar ajaran sesat. Roh jahat yang mempunyai kaitan dengan lelaki itu telah merasuk seorang ibu tunggal miskin di sebuah perkampungan terpencil dan kini Ustaz Adam perlu menyelamatkannya.

-----
SPOILER ALERT !

Apa yang boleh dikatakan adalah filem ni memberi impak yang besar kepada diri kita. Seperti yang kita jangka, Syamsul Yusof seorang pengarah yang sangat bagus dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti dan memberi banyak pengajaran.

Intro filem ni pun dah buat kita kecut perut. Ceritanya mengisahkan sebuah kampung yang sudah terpesong akidahnya dan mengikut ajaran sesat yang diketuai oleh Abuja lakonan Nasir Bilal Khan. Imam Malik, ayah kepada Sakinah telah disihir sehingga mati oleh mereka kerana menentang ajaran sesat itu. Sakinah yang dipaksa mengikut ajaran sesat itu tetap dengan pendiriannya demi menegakkan Islam.

Image result for munafik 2

Ustaz Adam pula datang ke kampung itu untuk mengubati ayah Sakinah tetapi dia pun terkena sihir sehingga menjadikannya pembunuh ibunya sendiri. Walaupun banyak dugaan yang ditimpa, Ustaz Adam masih berpegang pada ajaran Islam walaupun dia hampir putus asa. Dirinya difitnah dan diseksa kerana menolak ajaran Abuja. Dengan kuasa Allah, kumpulan Abuja ditimpa bala sehingga menyebabkan kematian.

Terlampau banyak pengajaran yang disampaikan melalui filem ini. Banyak juga mesej-mesej tentang petanda akhir zaman yang Syamsul Yusof sampaikan melalui cerita ini. Salah satunya Dajjal tak lama lagi akan datang. Sepanjang I tengok, banyak kali jugak air mata bertakung. Kalau dihayati, memang menusuk. Dunia nak akhir zaman tapi kita masih kurang dalam didikan agama. Al-Quran pun kita jarang baca.

Image result for munafik 2

Watak Ustaz Adam (Syamsul Yusof) memang terbaik. Penuh ilmu di dada. Kuat pegangan agama walaupun difitnah, diseksa, digantung dan dipukul. Ustaz Adam difitnah sebab dia cuba berdakwah kepada orang-orang kampung yang dah sesat. Akhir ceritanya menunjukkan yang Ustaz Adam meninggal dunia, menandakan Allah tarik nyawa-nyawa orang yang beriman demi memelihara mereka. I terkejut bila Ustaz Adam kena sihir dan rasuk. Pada masa tu I rasa, Ustaz Adam dalam keadaan yang lemah sebab ibunya meninggal dan dirinya berterusan diseksa oleh Abuja. Pada masa yang sama I rasa, Ustaz Adam ada sikit rasa takut.

Maya Karin memang seorang pelakon yang sangat sangat bagus dalam menghayati watak. Bayangkan la dia jilat darah atas lantai, panjat pokok, bunuh orang. Masa scene dia panjat pokok tu, I terus cakap dekat kawan I "the pontianak is back" 😂 Masa PHSM banyak kali dia panjat pokok.

Image result for munafik 2

Nasir Bilal Khan pun tak kalah. Watak Abuja tu memang menjadi sampai I pun rasa nak pergi bunuh dia 😂 Sebelum filem ni keluar, I tak boleh nak bayangkan dia bawa watak sejahat tu. Daripada Tok Adi yang baik tu terus ke Abuja yang jahat sangat sangat. Watak Abuja ni umpama orang yang rasa dirinya alim sehingga merasakan diri dia memang masuk syurga padahal dia dah terpesong jauh. Riak sampai rasa diri dia paling alim.

Mawi memegang watak Azhar, seorang yang cuba tidak mengikuti ajaran sesat itu. Dia yang bantu Ustaz Adam yang kena rasuk tapi sayangnya dia dibunuh oleh Abuja. Akhir cerita, Pak Rahim, ayah Ustaz Adam, menempuh ujian paling berat setelah kematian Ustaz Adam dan isterinya.

Nota : Semua gambar di atas adalah dari Google.

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

August 27, 2018

To All The Boys I've Loved Before

Image result for to all the boys i loved before

Release date : August 17, 2018
Genre : Young adult, romance
Casts : Lara Condor, Noah Centineo
Rating : ★★★★(4.5)

SYNOPSIS
A teenage girl's love letters are exposed and wreak havoc on her life.
-----

Kepada sesiapa yang belum tahu, movie ini merupakan adaptasi novel bersiri yang pertama ditulis oleh Jenny Han. Ketiga-tiga novel ini berjaya menarik minat pembaca dan menjadi salah satu novel terlaris. Lara Jean, seorang gadis remaja dengan kisah cintanya.

Related image

I memang nak sangat tengok cerita ni sebab I ter-skip novel yang pertama ni, tapi I rasa jalan cerita dia sama dengan novel yang kedua, P.S. I still love you, sebab banyak scene yang familiar pada I. Semua crush LJ terima surat-surat cinta yang ditulis oleh LJ selepas adik LJ sendiri yang pos surat-surat tu. Peter orang pertama yang jumpa LJ dan orang pertama yang LJ kiss. Sebenarnya dia kiss sebab nak elak Josh datang dan tanya pasal surat tu. 

Image result for to all the boys i loved before

Selepas tu, mereka berdua plan nak buat fake relationship. Pertama, sebab Peter nak buat ex-girlfriend dia cemburu. Kedua, LJ nak tutup malu dia sebab kiss Peter dekat public. Bila dah lama kenal, masing-masing dah tau kisah peribadi, mula la terbuka pintu hati mereka untuk satu sama lain.

I enjoyed the movie. Lara Condor sangat comel dan sesuai dengan Noah. Mereka ada chemistry untuk pegang watak ni. I suka scene Peter K menjerit bagitau semua orang pasal video viral dia dengan LJ. Dia bagitau apa yang sebenarnya terjadi untuk orang lain berhenti bercakap pasal tu dan membuat LJ tak selesa.

Image result for to all the boys i loved before

Cerita cliche sebab kisah percintaan remaja, tapi kalau korang baca ketiga-tiga novel, memang seronok. Cara mereka selesai masalah, cara mereka pertahankan hubungan mereka. Dan Peter K sangat sweet dan setia. Dia sangat sayangkan Lara Jean.


Nota : Semua gambar di atas adalah dari Google.

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

August 26, 2018

GIVEAWAY YEAYYY, THIS IS MY BIRTHDAY MONTH !


click banner

Happy birthday to Cikla ! Semoga berjaya dunia dan akhirat. Dimurahkan rezeki dan rahmat selalu. Semoga menjadi anak, ibu dan isteri yang taat dan solehah. Sentiasa positif dalam apa jua keadaan, tak mudah mengalah. Hidup ni umpama roda. Senyum selalu 😊 Dan lagi sekali diucapkan Happy birthday to Cikla ! Salam Aidiladha dan selamat menyambut hari kemerdekaan.
Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

August 20, 2018

JALAN-JALAN MAKAN ANGIN DI KUALA LUMPUR

Assalamualaikum & hai readers 😄
Raya haji pun tak lama lagi. Selamat menyambut Aidil Adha ! Alang-alang tengah cuti raya tu, apa kata kita pergi melawat bandar Kuala Lumpur. Banyak tempat menarik yang ada dekat KL ni sebenarnya. Shopping mall, muzium, kedai makan dan banyak lagi tempat yang seronok nak dilawati. Bawah ni I share tempat-tempat yang seronok untuk dilawati dekat KL ni.
Marilah melawat Kuala Lumpur!
Sogo Shopping Mall
Ada tempat membeli belah yang famous kat Kuala Lumpur, Sogo Shopping Mall ni terletak di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman serta merupakan salah satu tempat membeli-belah tertua di pusat bandaraya Kuala Lumpur kalau korang nak tahu yang telah memulakan perniagaan pada 18 Januari 1994. Ia merupakan pusat membeli-belah terkenal yang mempunyai kedai serbaneka yang menjual jenama berpatutan seperti Estee Lauder , Aramis, Shiseido, Gucci dan DKNY. Terdapat juga alat dapur, alat dan hiasan rumah untuk beg tangan, kasut dan pakaian, kosmetik, wangian dan produk kecantikan.
Image result for sogo kl
Sogo mall ni mempunyai beberapa jualan harga gudang tahunan di mana pembeli boleh menikmati diskaun sehingga 70%. Bagi pilihan tempat makan pulak korang tak perlu risau, terdapat rangkaian makanan segera dan restoran manakala tingkat atas menempatkan sebuah restoran makanan besar yang menjual campuran masakan tempatan dan antarabangsa yang baik. Selain itu, ada pasar raya di pusat membeli-belah di mana pelawat boleh mencari produk segar, daging dan makanan laut, serta barangan makanan yang dibungkus. Pusat membeli-belah ini dibuka pada hari Isnin, Khamis dan Ahad dari pukul 10:00 pagi hingga 9:30 malam dan hari Jumaat dan Sabtu dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Memang Wow lah.
Kalau korang travel dari pusat bandar Kuala Lumpur, sekitar 10 minit je ke Sogo Kuala Lumpur dengan menggunakan jalan Damansara.Korang tak perlu risau nak gunakan train ni perkhidmatan kereta api dari Kuala Lumpur Sentral ke Bank Negara yang dijadualkan setiap 20 minit. Dari stesen Bank Negara, korang boleh berjalan kaki ke pusat beli-belah Sogo selama sekitar 8 minit je,beb. Yang dari Penang pun boleh datang sini, sebab baru-baru ni ada promotion flights from Penang to Kuala Lumpur.
Menara Kuala Lumpur
Related image
Kuala lumpur memang legend dan banyak tempat yang korang akan rasa kagum salah satunya adalah Menara KL berdiri pada 421 meter yang dibina pada tahun 1994. Menara ini mempunyai warisan Islam Malaysia dengan skrip Arab, jubin Islam, dan pola bunga dan abstrak Islam. Struktur ini diilhamkan oleh senibina tradisional Islam dan Parsi serta lobi utama tingkat atas dihiasi dengan kubah indah yang berkilauan seperti berlian, y’all. Menara KL ni juga menempatkan restoran kedudukan tertinggi, Atmosphere 360 ​​yang korang boleh makan atau menikmati hi-teh bersama-sama dengan pemandangan yang paling menakjubkan di seluruh view pusat bandar. Selain itu, terdapat juga teater, amfiteater, kolam renang yang best, restoran makanan segera dan kedai-kedai cenderamata. Menara ini dibuka setiap hari dari jam 9:00 pagi hingga 10:00 malam. So korang boleh experience sendirilah dari pagi sampai malam.
Muzium Kesenian Islam Malaysia
Image result for muzium seni islam
Muzium ni dibuka pada tahun 1998, ada 12 galeri kekal sedia ada termasuk seni bina, barang kemas, Quran dan manuskrip, senjata dan perisai, china, tekstil dan duit syiling. Disifatkan sebagai muzium seni terbesar di Asia Tenggara, muzium ini juga mempunyai banyak koleksi seni hiasan Islam dari seluruh dunia dan perpustakaan buku-buku seni Islam.
Related image
Terdapat pelbagai paparan dari kepingan barang kemas yang paling kecil ke salah satu model skala terbesar di dunia Masjid al-Haram di Mekah. Kalau korang nak tahu, muzium ini juga bertindak untuk membuat koleksi yang benar-benar mewakili dunia Islam. Di samping itu, kedai muzium juga mempunyai pemilihan kraf dan artifak Islam dari seluruh dunia, termasuk alat tulis, baju tee, buku, teka-teki dan barang kemas dari Timur Tengah. Waktu atau masa beroperasi untuk muzium ini adalah dari pukul 10:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari. Sempatlah kalau korang nak tahu banyak tentang menarik berkaitan Islam.
Premiera Hotel Kuala Lumpur
Image result for premiera hotel kuala lumpur
Yang nak berehat atau bermalam, boleh la ke Premiera Hotel Kuala Lumpur. Hotel ni terletak sekitar 5-minit berjalan kaki dari Sogo Shopping Mall dan 15-minit berjalan kaki dari Dataran Merdeka je. Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, hotel ini menawarkan bilik yang dilengkapi dengan kemudahan kelas atas dan teknologi moden. Antara kemudahan yang ditawarkan adalah TV berskrin rata dengan saluran satelit, peti keselamatan peribadi dan almari pakaian serta pengering rambut.
Related image
Selain itu jugak, hotel ini terkenal di kalangan pelancong dan pengembara perniagaan untuk mesyuarat dan acara persendirian sebagai tempat menawarkan kemudahan mesyuarat dan jamuan. Ballroom utama terletak di tingkat 6 di mana ia dapat menampung sehingga 1000 tetamu yang sempurna untuk majlis perkahwinan, makan malam tahunan, pameran, konvokesyen, pesta tema, ulang tahun, persidangan dan seminar. Selain kemudahan yang menakjubkan, terdapat pelbagai pilihan tempat makan di tempat yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa. Memang best and terbaik beb.
Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur

Info untuk korang tentang Grand Campbell Hotel ni menawarkan penginapan yang dilengkapi dengan kemudahan utama termasuk televisyen skrin rata, peti deposit keselamatan dan minibar. Di Grand Campbell Hotel ni jugak, korang akan menemui kemudahan seperti kaunter penerimaan tetamu 24-jam, lounge berkongsi, kedai kecantikan dan tempat meletak kereta percuma juga disediakan di lokasi. Terdapat beberapa penanda arah tempat berhampiran hotel ini dengan Menara Berkembar Petronas dan Suria KLCC. Jadi tak perlu risau sesat dan mudah untuk ke KLCC ye.

Nota : Semua gambar di atas adalah dari Google.

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

August 17, 2018

HANTU KAK LIMAH 2018

Related image

Tarikh disiar : 9 August 2018
Genre : Komedi, seram
Pengarah : Mamat Khalid
Pelakon : Dato' Awie, Delimawati, Zul Arifin, Uqasha Senrose
Rating : ★★★★★

SINOPSIS
Filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold ini mengisahkan tentang misteri kematian Kak Limah selepas berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda darinya. Kampung Pisang menjadi huru-hara apabila orang kampung diganggu oleh hantu Kak Limah. 

-----
SPOILER ALERT !

Hantu Kak Limah berjaya membuat penonton ketawa dengan telatah dan komedi para pelakon dan pelawak. Walaupun barisan pelakon sudah berubah, tetapi jalan cerita kelakar masih menarik untuk ditonton. Untuk filem kali ni, Kak Limah memang betul meninggal. Permulaan cerita Kak Limah sudah berkahwin dengan Khuda, lelaki yang lebih muda, dan beberapa hari lepas tu Kak Limah meninggal dunia. Sejak tu mulalah kejadian pelik berlaku.

Image result for hantu kak limah 2018 cast

Babak yang membuatkan kita mengimbau dan teringatkan cerita P. Ramlee adalah bila ada hantu gigi dan geng hantu Jepun mengejar Hussin dan yang lain. Babak tu untuk memperingati dan tribute untuk lagenda kita iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Penampilan khas Dato' Vida, Jue Aziz, Erra Fazira dan Mus May sangat membantu jalan cerita. Memang gamat panggung dengar orang ketawa. Watak Ropie memang kelakar, tak over dan lawak & punchline dia pun kena dengan cerita. Semua babak yang ada dia orang akan ketawa.

Dan yang buat kita terperanjat adalah plot twist cerita tu yang memang takde dalam trailer. Rupanya yang jadi hantu kak limah tu seorang gadis cantik yang cemburukan Kak Limah sebab Kak Limah kahwin dengan suaminya. Pelakon perempuan tu sangat cantik macam bidadari 😍 

Image result for hantu kak limah 2018 delimawati

Watak Zul Arifin pun menjadi dan kelakar. Muka macho, pandai silat tapi penakut. Paling tak tahan dia kena ong-bak dengan hantu kak limah 😂 Politik pun ada diselitkan sikit dalam filem ni. Dan watak Delimawati sebagai Kak Limah pun tak kurang kelakarnya. I wonder Delimawati betul-betul himpit si Hussin tu ke ? Kalau ya, memang 😂👍 Ada part yang Kak Limah cekup 'anu' Hussin, masa Jozan Live Delimawati kata dia memang cekup betul-betul 😂 


Disclaimer : Semua gambar di atas adalah dari Google.

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

August 13, 2018

[UNBOXING] TAEYEON - SOMETHING NEW ALBUM

Assalamualaikum & hai readers 😄

Unboxing Taeyeon's 3rd Mini Album - Something New. I bought it from an igshop, reyna.onlinekshop. 



Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

August 09, 2018

Segmen Bloglist 2018 Nurul Najihah


Tarikh tamat : 23 August 2018

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

August 08, 2018

HOTEL TRANSYLVANIA 3 : A MONSTER VACATION

Image result for hotel transylvania 3

Genre : Fantasy, Comedy
Casts : Selena Gomes, Adam Sandler
Rating : ★★★★★

SYNOPSIS
In Sony Pictures Animation’s Hotel Transylvania 3: Summer Vacation, join our favorite monster family as they embark on a vacation on a luxury monster cruise ship so Drac can take a summer vacation from providing everyone else's vacation at the hotel. It’s smooth sailing for Drac’s Pack as the monsters indulge in all of the shipboard fun the cruise has to offer, from monster volleyball to exotic excursions, and catching up on their moon tans. But the dream vacation turns into a nightmare when Mavis realizes Drac has fallen for the mysterious captain of the ship, Ericka, who hides a dangerous secret that could destroy all of monsterkind.

-----

Kali ini Hotel Transylvania membawa kita bercuti bersama-sama. Mavis merancang percutian keluarga untuk membuat ayahnya, Dracula, gembira dan hilangkan stress. Tanpa disangka, Drac "zing" untuk kali kedua. "Zing" dalam bahasa monster bermaksud jatuh cinta dan ia merupakan cinta sejati. Pada mereka, "zing" hanya boleh berlaku sekali saja dalam hidup mereka. Setelah bertahun sejak kematian isterinya, Drac "zing". Dia jatuh cinta dengan kapten kapal yang membawanya bercuti iaitu, Ericka.

Ericka pula sebenarnya menyimpan dendam terhadap Drac kerana moyangnya merupakan musuh Drac. Namun, akhirnya dia pun jatuh cinta dengan Drac sebab kebaikan dan ketulusan hati Drac. Mavis yang susah nak terima yang ayahnya jatuh cinta, akhirnya terima selepas dapat tahu yang ayahnya "zing".

Related image

Okay sebab cerita ni tentang monster, jadi tempat percutian mereka pun mestilah scary dan menarik. Tempat percutian mereka yang kita tak akan jangka adalah di Segitiga Bermuda. Masa tu I macam "Wowww dia cari tempat yang scary and mystery." Dan masih diselitkan komedi untuk kekalkan jalan cerita yang menarik dan kelakar.

Ketika dibabak mereka sampai di Segitiga Bermuda, mereka tunjuk bangkai-bangkai kapal yang dikatakan hilang di Segitiga Bermuda. Ceritanya jadi menarik bila semua monster masuk ke dalam bangkai kapal dan suasana di dalam tu sangat cantik dan happening. Dan di destinasi terakhir mereka, ada babak di mana sotong besar menyanyi untuk memeriahkan lagi percutian mereka. Sotong besar tu pernah menjadi misteri di Segitiga Bermuda.

Related image

Pada I, I tak sangka cerita dia menarik dan lagi seronok berbanding yang sebelumnya. Selepas dua movie, Drac pertama kali tukar baju kelawarnya dengan baju bunga-bunga dan berseluar pendek. Dennis, si anak, pula walaupun tak banyak scene dia, tapi semua scene yang ada muka dia sangat comel ! Cerita ni lebih kepada Drac yang cuba memikat Ericka.

Cerita ni 13 dan ke atas. Kalau boleh elakkan bawa kanak-kanak yang 8 tahun ke bawah sebab ada scene yang agak kurang baik. Mungkin tak ketara bagi kita tapi untuk budak lebih baik elakkan.


Disclaimer : Semua gambar adalah gambar dari Google.


Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

Giveaway Merdeka 2018 Lexee Memang Wow


Tarik tamat : 31 August 2018

Hadiah Pertama : Satu set sebulan Lexee bernilai lebih RM50 menanti anda !
Hadiah Kedua : Satu botol Hygienewash Lexee bernilai lebih RM30

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

August 02, 2018

GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com


click banner

Tarikh tamat : 18 Ogos 2018

Dah lama tak join giveaway blog. Harap-harap ada rezeki menang, boleh dapat bear besar hiks.

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

July 30, 2018

WHAT'S WRONG WITH SECRETARY KIM

Image result for what's wrong with secretary kim

No. of Episodes : 16
Release date : June 6 - July 26, 2018
Genre : Business, romance
Casts : Park Seo Joon, Park Min Young
Rating : ★★★★

SYNOPSIS
What's Wrong With Secretary Kim revolves around the narcissistic Lee Young Joon, the vice president of a company run by his family. He is very self absorbed and thinks highly of himself, so much so that he barely acknowledges the people around him. Lee Young Joon has a capable and patient secretary in Kim Mi So who has remained by his side and worked diligently for 9 years without any romantic involvement. But Mi So has grown tired of her frustrating boss so when she decides to resign from her job, hilarious misunderstandings ensue. After 9 years of their strictly-workplace relationship, can it now develop in something more? -Adapted from the novel "Kimbiseoga Wae Geureolgga" by Jung Kyung Yoon.

-----

Drama ni mengisahkan Young Joon, seorang CEO, dan Kim Mi So, setiausaha kepada Young Joon. Selepas 9 tahun bekerja, Kim Mi So bercadang untuk berhenti kerja dan fokus kepada kehidupannya. Young Joon yang berat hati untuk melepaskannya buat pelbagai cara untuk Kim Mi So ubah fikiran. Tanpa sedar, mereka berdua jatuh cinta.

Related image

Disebalik kisah cinta mereka, ada cerita misteri yang melibatkan kehidupan mereka ketika kecil. Rupanya mereka pernah berjumpa ketika kanak-kanak. Peristiwa hitam itu memberi impak yang kuat dan mereka mengalami trauma yang agak teruk. Kim Mi So pula cuba mencari budak lelaki yang pernah bersama-sama dengannya ketika diculik.

Hubungan Young Joon dan abangnya, Sung Yeon, pula agak dingin sejak kecil lagi selepas peristiwa hitam itu. Sung Yeon mengalami tekanan sebab perasaan rasa bersalahnya dan dia keliru dengan dirinya sendiri. Young Joon yang mengalami sendiri peristiwa hitam tu berasa marah terhadap abangnya. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk mengaku dia lupa ingatan demi kesihatan abangnya, dan menukar namanya daripada Sung Hyun kepada Young Joon supaya abangnya tak keliru.

Image result for what's wrong with secretary kim

Apa yang I belajar dari Kim Mi So ni, apa-apa pun yang berlaku, sentiasa tersenyum. I tak berapa suka sangat watak Park Seo Joon dalam drama ni sebab dia berlagak 😂 Macam tak kena je dengan dia. Park Min Young pula sangat sangat cantik dalam drama ni. Dia nampak lebih matang.

Drama ni tak berat sangat sebab dia bukan drama action ataupun thriller. Cuma disebabkan trauma si Young Joon ni kita akan rasa geram setiap kali mereka nak kiss 😂

Related image



P/S : Semua gambar di atas adalah gambar dari Google


Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

July 25, 2018

PERMATA - NUR IZZAH HANI

Image result for permata nur izzah hani

SINOPSIS

Daripada filem aksi romantik ala islamik, dunia Irfan dan Hani kni berubah menjadi drama bersiri kekeluargaan apabila hadirnya permata dalam hidup mereka yang mempunyai pelbagai kerenah tersendiri.

Ahmad Furqan; si sulung yang mempunyai emosi komplex.

Aqil dan Aqilah; kembar double trouble yang paling adorable.

Mampukah si brutal muslimah Hani menjadi mama yang baik ?

Terdayakah Irfan melaksanakan tugas sebagai papa dengan sempurna ?

"Jaga anak lebih susah daripada matikan bom jangka!"

GENRE
Islamik, kekeluargaan, romantis

-----
I sangat kagum dengan cara penulisan Nur Izzah Hani ni. Tahap pemikiran yang luar biasa. Bijak. Cara penceritaan yang menarik. 

Ini adalah sambungan untuk novel The Silent Killer. Untuk kisah kali ni, tak banyak aksi macam dalam novel TSK. Lebih kepada menjaga keluarga tercinta. Cara-cara menjaga dan mengenali diri anak-anak.

Ceritanya bermula dengan Furqan yang mempunyai masalah minda, dia agak lembab dalam pelajaran tetapi sebenarnya seorang yang genius. Dia mempunyai dyslexia semasa kecil kerana dia ada rasa rendah diri dan sensitif. Dia jadi macam ni sebab ibu bapanya mengabaikannya dan lebihkan perhatian kepada si kembar. Namun, dia seorang anak yang baik dan menjadi pelindung kepada keluarganya. Bila besar, dia menjadi seperti papa dan mama dia yang sangat genius dan bagus segala benda.

Kisah ni mengajar ibu bapa supaya lebih peka kepada kesihatan anak-anak. Kena lebih mendalami jiwa seorang kanak-kanak yang perlukan perhatian. Kadang-kadang ibu bapa sendiri tak nampak perubahan pada diri anak mereka. Kadang-kadang orang lain lebih mengenali si anak. Mungkin sebab ibu bapa yang terlalu sibuk. Ibu bapa pun main peranan mendidik anak-anak dengan ajaran Islam supaya mereka tahu baik dan buruk.

I macam nak buat karangan SPM dah rasanya 😂 I recommend novel ni sebab banyak pengajaran yang kita dapat dari novel. Kisah cinta dengan pendekatan Islam yang seimbang. Sesuai untuk semua kecuali yang bawah 13.
RATING
★★★★★

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

July 17, 2018

THE SILENT KILLER - NUR IZZAH HANI

Related image

SINOPSIS
Jumpa - gaduh
Lepak sama - gaduh
Study sama - gaduh

Tak tahu bila masanya terbit rasa yang satu itu.
Bila dekat, gaduh merajuk pukul sana pukul sini.
Bila jauh, ada yang merindu dan ada yang sampai masuk wad.

Pelik !

Tetapi Hani dan Irfan jenis sempoi. Bukan jenis touching tangkap leleh segala. Mereka ada cara mereka sendiri. Malah telepati yang kuat antara mereka, jarang ada pada yang lain. Tahu bila salah seorang dari mereka saling memerlukan. Tahu bilamasa mereka perlu bertindak. Tak perlu cara lisan, dengan hanya pandangan juga mampu menghantar mesej.

Bila Dark Knight dan Black Rose muncul, terlalu banyak rahsia yang tersembunyi sehinggakan Hani jadi keliru dengan Irfan. Dia benci bila Irfan terlalu berahsia dengannya sedangkan mereka sama-sama The Silent Killer.

GENRE
Aksi, romantis, remaja

-----
Hani dan Irfan, dua-dua hati kering dan prankster terhebat. Semua orang takut dengan mereka. Dua-dua otak geliga dan selalu berperang sebab jalan kerja add math & math tak sama tapi dapat jawapan sama. Sampai cikgu pun pening dengan perangai mereka.

Satu perkara yang ajaib adalah chemistry mereka berdua sangat kuat. Mereka sangat rapat sampai susah nak dipisahkan. Bergaduh teruk macam mana pun mereka tetap tak boleh dipisahkan. Sampai la mereka kahwin. Pelbagai cabaran dan dugaan yang mereka hadapi bersama-sama. Dugaan terbesar Irfan ketika Hani lupa ingatan.

Nur Izzah Hani, penulis muda yang berumur 19 tahun. Bermula dari Wattpad sehingga terbitnya sebuah novel pada tahun 2016.

Apa yang terlintas dalam otak I masa baca novel ni adalah Hlovate. Jalan cerita, gaya bahasa dan karakter pada watak tu lebih kurang sama macam novel Hlovate. Jalan cerita dia seronok and buat I rasa geram je bila baca 😂 Macam-macam perasaan yang kita akan rasa bila baca novel ni.

Novel ni banyak sangat pengajaran dan pendekatan Islam yang bagus. Dalam novel, kisah percintaan dengan pengajaran dan pendekatan yang diberi seimbang. Kisah percintaan pun bukan macam novel cinta biasa, ini kisah cinta yang halal. Selain tu, si penulis mengajar kita cara-cara yang lebih baik untuk berdakwah dan mendekati orang-orang yang sesat dari jalan Allah.

Apa yang bagus dalam novel ni, cara penulis nak sampaikan dakwah melalui cerita yang seronok untuk pembaca-pembaca baca. Tajuk novel memainkan peranan penting. Selain tu, cerita dia pun buat kita bersemangat nak study hard sebab dua watak utama dalam novel ni sangat bijak dan hebat.

Muka baik sesuci murni belum tentu ada hati yang baik dan muka yang jahat belum tentu juga punya hati yang jahat. Kadang-kadang kita salah menilai orang sekeliling kita, mana yang baik dan jahat. Manusia memang tak boleh nak elak untuk judge orang lain. Semua orang dilahirkan baik, cuma jalan kehidupan yang dia pilih tu menentukan masa depan.

"Jangan lemah kerana aku tiada, kuat kerana Allah sentiasa ada."
RATING
★★★★★

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

July 14, 2018

LEXIS SUITES ROOM TOUR

Assalamualaikum & hye readers 😄

8 July haritu, I pergi ke Pulau Pinang untuk jemput my bro dari uitm sebab dah habis final. Ayah tiba-tiba ajak duduk satu malam dekat Lexis. Sampai Penang dah malam, check in terus. Kitorang dapat bilik Premium. Lexis Suites Penang ni tak macam Lexis dekat Port Dickson yang semua atas laut. Lexis dekat Penang ni duduk dekat building dan menghadap laut. Kolam pula agak besar. Bilik pun cantik 😍 I was amazed. 


Masuk je bilik kita terus nampak cabinet ni. Peti sejuk, cawan, gelas, water heater, nescafe dan teh ada di sini. Tempat kasut pun ada tapi dekat bahagian belakang I berdiri tu. Bertentangan dengan cabinet ni.


Dua katil bersaiz king. Boleh muat 4 orang kalau badan kecil.


Bertentangan dengan katil, ada TV. 


Sebelum kita terus masuk ke bahagian katil, kita akan nampak pintu sebelah kanan. Ini area basah, maksudnya toilet, bilik mandi semua dekat sini. Dalam wardrobe tu ada bathrobe, iron & board, penimbang dan tempat gantung baju.


Toilet dengan bilik mandi diasingkan.



Dalam bilik mandi, kita boleh pilih nak mandi dalam bath tub atau guna shower 😂


Di sebelah wardrobe tadi ada dua sinki ini. Quite big. Hair dryer disediakan. Soap, bath gel, shampoo, toothbrush, shaver dan towel ada di sini.



Dan KOLAM ! Kawasan kolam ni agak besar dan ada sauna, pintu kaca tu. Betul-betul menghadap laut.

Itu saja room tour kita. Korang boleh ajak family lepak sini. Buat trip dengan member tidur semalam kat sini pun seronok. Bila dengan member yang satu kepala memang la seronok ye dok.



Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

July 12, 2018

"OVER MY SKIN" - Tiffany Young

Image result for tiffany young over my skin

Hello SONE !

I am back. Just finished my final exam.

Our Fany Fany Tiffany is back with her first english single, "Over My Skin". She came back with a fresh song. The lyrics and music sound more sexier and the song suits with her voice. Her vocal is so so amazing. I feel like this is the new Tiffany, not Tiffany of Girls' Generation anymore. No offense. I'm just saying that she is different in this song.

Tiffany is such a hardworking and strong person. After leaving Girls' Generation, I'm glad that she is still connected with the other members. She is still our Beautiffany. Like she said, "Family is family." She is currently studying acting in LA to pursue her dream of being an actress.

"Over My Skin" is produced by Khwezi and Kev Nish of Far East Movement.


Have you watched her dance rehearsal ? I love it ! 

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

June 21, 2018

TAEYEON'S 3RD MINI ALBUM x BLACKPINK'S MINI ALBUM

Shout out to all SONES and BLINKS !

Image result for taeyeon something new album      Image result for blackpink mini album

I bet you guys know about these two mini albums.

Something New

The QUEEN is back ! Taeyeon is back with her 3rd mini album "Something New". Something New's concept is so fresh and new. The MV is so so daebak and so many theories came out.

The theory that sounds relevant to me is Taeyeon is trying to fight with her depression and haters. By throwing everything, she wants to free herself. Taeyeon was having depression, and she was having difficult time after Jonghyun's death. We hope she won't hurt herself and we're surely afraid of losing her. The MV is Taeyeon's life as an idol. You guys really need to watch that MV.

I love all of the songs. Well, I love Taeyeon tho.

Image result for taeyeon something new album

Square Up

Well, the queens of YG. Blackpink never fails to make us jumping with their comeback. They came out with 1st mini album, Square Up. I really love Ddudu Ddudu song ! I'm in a learning process of their dance. The MV same as Taeyeon's MV which shows their life as an idol. Another song I love is Forever Young. I just knew that Forever Young has been recorded about 3 years ago, before their debut. It supposed to be their debut song but YG kept it. Dunno why.
Rose's voice is daebak. I really need to buy the both versions.

Related image

Hit you with that ddudu ddudu !


Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.