September 22, 2017

HILANG BY DAYANG NOOR


SINOPSIS

Hilang menemukan Shaziman - seorang jurulatih peribadi yang happy-go-lucky - dengan Khairani, seorang gadis kampung yang berhijrah untuk mencari rezeki dan cinta. Apabila adik kembar Shaziman ghaib, dia tidak menyedari Khairani menyimpan kunci tentang misteri itu.

GENRE 
Jenayah, misteri

-----

Novel ni tak berat sangat. Ada pembunuhan tapi tak seteruk pembunuhan dalam Gelap. Cerita ni tentang pemburuan, Shaziman dan Jo (penyiasat peribadi) memburu Jusoh, seorang penjenayah paling bahaya dan bijak, untuk mencari adik kembar Shaziman, Ikhsan.

Cara penceritaan setiap bab berlainan. Bab berselang-seli mengisahkan tentang Shaziman dan Khairina mengikut bulan dan hari sehinggalah hari kehilangan Ikhsan. Shaziman dan Jo berusaha menjejak Jusoh, semua mangsa yang dicacatkan oleh Jusoh telah dijumpai sehinggalah mereka bertemu dengan Khairina yang tahu apa yang terjadi pada Ikhsan.

Khairina menjadi orang kuat Jusoh dalam keadaan terpaksa demi keselamatan dirinya. Akhirnya, dia bekerjasama dengan polis untuk menangkap Jusoh. Namun, ada rahsia yang pembaca perlu tahu tentang Khairina si gadis kampung kecil molek ni. Apa rahsia itu ? Kenapa sampai dia bunuh orang ? Ooopppsss 😐

Novel ini tak terlampau berat untuk pembaca. Cuma novel ini menceritakan macam mana Ikhsan boleh hilang dan macam mana mereka cuba menjejaki Jusoh.

RATING
★★★(3.5)

Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

1 comment:

  1. Nanti boleh la try baca novel ni sebab tak berat sangat pastu cerita pasal pembunuhan pulak tu. Singgah sini jadi pembaca baru blog ni :)

    ReplyDelete