HOME ABOUT ME VACATION DRAMA/MOVIE BOOK

June 30, 2017

MY FAVOURITE K-POP GROUPS


1. Girls' Generation (So Nyuh Shi Dae)


Queens of K-pop. First group yang I minat gila dari form 3. Dari zaman ada Jessica. I love all the songs. Dance, music SNSD memang tak pernah mengecewakan. My bias is Taeyeon 💕, of course.  Some of them pun ada keluarkan lagu-lagu sendiri. Dorang still together nak dekat 10 tahun and takde niat nak berpecah. I really love them. Makin lama makin cantik semua. Simple, tapi cantik. Tak over sangat macam time mula-mula dulu, maybe dorang lebih matang sekarang.


2. Apink


I start suka dengan Apink ni sebab lagu-lagu dorang. Semua MV dorang cute and cantik. Mula suka tahun lepas. And I taktau pun asalnya dorang ada 7 orang. I minat all the girls 💗


3. BlackPink


BlackPink pun I start minat tahun lepas, sebab lagu-lagu dorang yang best and dance dorang. I suka beat lagu dorang yang menarik. My bias is Lisa 💗 I don't know why first time tengok Lisa terus tertarik. Dia cute, suara pun unik. Tapi rapper, Jennie memang daebak 👍


4. Beast/Highlight


Beast ataupun sekarang dikenali sebagai Highlight. Asalnya 6 orang dan sekarang dah jadi 5 orang sebab Hyun Seung dah keluar and stay dengan Cube. Apa-apa pun they are still my beast 💗 My bias is Lee Gikwang 💗


June 23, 2017

Pencarian 3 Month Bloglist by Auni Liyana (TAMAT)


Click banner

Ini segmen terakhir sebelum Syawal 😄 

Tarikh : 22 Jun - 15 Julai 2017

Join segmen ni jom 😁

June 21, 2017

Giveaway Duit Raya RM100 By Elsaalicious & Sponsors (TAMAT)

Hello readers !



Tarikh tutup : 25 Jun 2017

Instagram : aninashyqin_
Facebook : Anina Shyqin (kurang aktif)
Email : aninashyqin@yahoo.com

Pengalaman seronok dan nakal anda masa zaman kumpul duit raya dulu

Setiap kali raya yang seronok mestilah kumpul duit raya. Kalau dekat kampung, malam raya mesti ada takbir raya and lepas tu kitorang akan bermaaf-maafan dan budak-budak berebut beratur nak kutip duit raya, termasuk la I, sampai sekarang even dah besar still hulur tangan nak duit raya 😂

Kalau ke rumah sedara mara, I akan hulur tangan and pakcik makcik nenek sedara akan bagi duit raya. I selalu bergurau "Alaa tambah la lagi, sikit ni." or "Eqin cucu sulung, kena lebih." 😂 Dorang pun melayan je. I memang rapat dengan sedara mara.

Lepas tu masuk kereta laju je nak kira duit raya 😂

Itu secara ringkas pengalaman kumpul duit raya Anina 😄

June 20, 2017

CARA TINGGALKAN LINK DI CBOX

Some of you ada yang taktau macam mana nak tinggalkan link dekat cbox yang latest ni. Sebab dia cuma ada name dengan message saja. Okay meh I tunjuk 😊


Korang pergi dekat cbox yang macam ni kan. Lepas tu click dekat Your Profile tu.


Nanti dia akan keluar macam ni. Korang isi link website korang dekat Profile URL tu. Dah isi, korang boleh la nak send apa-apa message. And nanti sebelah nama korang tu ada symbol, symbol tu maksudnya link korang la. So senang I nak blogwalking dekat blog korang 😊




June 19, 2017

IFTAR : DOUBLE DATE

Hello readers !



Rabu lepas I plan nak berbuka dengan best friends uni I, Ana & Emi. Tapi si Emi last minute cancel, so kami berdua je la yang jadi keluar. Ana ajak bae dia ikut sekali. I pulak pujuk my bae teman I keluar sebab rasa macam awkward pulak nanti 😅 At first dia taknak sebab esoknya kitorang sepatutnya berbuka sama, but dia cancel last minute.

Ana ajak pergi Aquaria, teringin katanya. Memandangkan I pun tak pernah masuk Aquaria tu, so I on je. Kali terakhir I pergi KLCC masa sekolah rendah, and bila sampai sana tak tentu arah sebab taktau mana jalan nak masuk KLCC 😂 I lagi penat sebab sepatutnya kena ambik Ana dekat KL sentral then baru pergi KLCC, tapi terbeli token ke KLCC dulu (naik LRT). So sampai je KLCC terus beli token ke KL sentral. Bf I dah membebel dah 😂 Dah ambik Ana dengan bf dia kitorang terus beli token ke KLCC balik 😅

Sampai je KLCC first thing kitorang decide nak berbuka mana. Fikir punya fikir, aku tanya kau kau tanya aku balik. Last last makan Sushi King je. Dah settle booking semua kitorang terus ke Aquaria yang jauh naww. Jauh betul kena jalan 😩 Bertambah dahaga la.


Sampai je dekat Aquaria tu, nak masuk tu kena bergambar dulu (biasa la tangkap gambar background hijau) Harga tiket dia agak mahal jugak, RM49 (kenapa tak genapkan 50 lol) and barang-barang pun mahal. Kalau nak buat kenangan boleh je beli satu or dua.


Tak ingat ni ikan apa.


Ini spesis Eel.
Dia duk dalam pasir and kepala je terkeluar.


Ketam ni memang duk dalam tu je 😅


Ce campak orang dalam tu 😂

Ini je gambar spesis yang I rasa cute.
I tak banyak tangkap gambar ikan-ikan kat sana sebab duk seronok tengok 😂
Lagipun my bf pegang phone, dia rajin tangkap gambar I 😅


Siapa disebalik obor-obor tu...

Pukul 6.45 kitorang dah kena ada dekat Sushi King. I ngidam makanan Korea sebenarnya tapi Jepun pun okay la 😂 Sedihnya kitorang tak makan sushi sebab dah tak larat nak sumbat makanan dah, padahal teringin gila 😭


Baju putih tu kawan uni kitorang, Kharin.
Last minute ajak dia.

June 16, 2017

Segmen: Jom Tambah Follower by Shahirah Army (TAMAT)



Hello readers !

Nak tambah followers ? Korang kena join segmen ni 😊 Click je banner okay 👌

Due date segment: 11.6.2017 - 29.6.2017

How to join;
  1. Follow this blog.
  2. Buat entry yang bertajuk Segmen: Jom Tambah Follower by Shahirah Army 
  3. Di dalam entry tersebut, letakkan blogID anda , banner segmen dan link kan ke 
http://shahiraharmy.blogspot.com/2017/06/segmen-jom-tambah-follower-blog-my.html
     4. Tuliskan link entry anda di ruangan komen.

My blog ID : 82461098397241678

June 10, 2017

JANG OK JUNG, LIVES IN LOVE

Hello readers !

Today I nak share one of historical korean drama. Maybe I'm too late to watch this drama, but nahh. Nak jugak share kat korang 😂 To those yang tak tengok lagi boleh tengok. 


NO. OF EPISODES : 24
RELEASE DATE : April 8, 2013 - June 25, 2013
GENRE : Historical, Romance
CASTS : Kim Tae Hee, Yoo Ah In, Hong Soo Hyun, Jae Hee
RATE : ★★★★★

PLOT

It is about Jang Ok-jung, the real name of Jang Hui-bin, a royal concubine during the Joseon Dynasty who became infamous for her hunger for power and ruthless plotting before she was sentenced to death. Based on the 2008 novel by Choi Jung-mi, it is a reinterpretation of Jang Hui-bin's life, as a woman involved in fashion design and cosmetics-making in the Joseon Dynasty.

-----------------

At first, I watched this drama just for fun, or maybe to accompany my father to watch it. But then, I'm impressed with the braveness of Jang Ok Jung, who loved by the King. Jang Ok Jung and the King loved each other. King already had a Queen but he didn't love the Queen. 

The drama is based on true story. I have read the story of Jang Ok Jung's life.

Jang Ok Jung started as a fashion designer and cosmetics-making in the palace. She got caught fell in love with the King by the minister, which was the Queen's father. She was expelled from the palace by Queen Mother, mother of the King, because she never liked Jang Ok Jung as she was a slave and her family belonged to contrary faction.

After that, she came back to the palace and aim to be a Queen. As long as King's love was for her, she could survive. She faced too many challenges and never gave up until the end. She became King's concubine.

Then, she was elevated to the rank of Bin, Hui Bin, after she gave birth to a son, the Crowned Prince. After the Queen was exiled, Jang Ok Jung was elevated to the Queen. 

After years, Jang Ok Jung lost favor by the King. The King started favoring Lady Choi (Choi Suk Bin), who later gave birth to a son of the King.  

The drama was a bit different from the real story, but the ending was quite similar. Real story stated Jang Ok Jung died by poison herself for the sake of her son, she was sentenced to death because King found out that she was trying to kill the Queen by cursing. The drama stated King sent her away from the palace to save her from death but she came back and drank the poison for the sake of the King and her son.

Jang Ok Jung was known as a strong and brave woman. She was given posthumous tittle " Lady Oksan, Great Concubine of the Palace ". Jang Ok Jung's tomb, Daebinmyo, was located near to the tomb of King and Queen.

I wonder, did the King love her until her last breath as in the drama ?



June 09, 2017

GIVEAWAY RAYA BY MRS PIP (TAMAT)



I join giveaway raya by Mrs Pip ni sebab nampak menarik 😄 Mana la tau ada rezeki dapat printed  instant shawl raya ni hehe 😁 If korang pun nak join, click je banner 😊

Pengalaman Terindah Di Bulan Puasa Yang Pernah Dilalui...

Pengalaman terindah I ialah sepanjang study kat uni and berjauhan dengan family. Setiap kali bulan puasa I akan puasa di uni. So yang selalu teman sahur and berbuka kawan kawan bilik je. Kalau dekat rumah, sahur I makan nasi and berbuka makan kuih-kuih je. Kalau dekat uni, I sahur setakat bangun minum air or makan biskut and berbuka baru makan nasi.

Lagi-lagi nak jimat so kitorang sebilik just beli nasi (nasi tomato, nasi ayam dan sebagainya) dengan air je, takde kuih-kuih. I belajar bersyukur time duduk dekat uni. Takde rasa nak beli macam-macam sebab takut membazir. Kalau memalam lapar, kitorang akan tunggu student yang datang jual makanan bilik ke bilik je. Sometimes, kitorang tapau je mi gorang or mihun goreng untuk sahur.

Last year puasa, I stay luar, tak stay dekat hostel. So time berbuka tu mewah sikit la 😂 Sebab dapat beli makanan dekat bazaar kat luar uni. Dalam uni macam krik krik je bazaar 😂 Tapi still sahur minum air or makan biskut je sebab kitorang malas. Yang bestnya kitorang berbuka ramai-ramai satu rumah. At first memang la awkward sebab ada housemate yang tak kenal, tapi lama-lama okay. And bila stay luar hostel, yang seronoknya boleh makan kat kedai jauh sikit bila ada duit. Haha.

Itulah hidup seorang pelajar yang berjauhan dengan keluarga pada bulan Ramadhan. Sesiapa yang study luar negara lagi pedih.


Hadiah yang bakal diterima oleh pemenang.
Sekiranya GA ni dapat sambutan hangat, hadiahnya ditambah, tapi berbentuk lain.

Let's join !

June 08, 2017

5 FAVOURITE KOREAN DRAMA

Hello readers !

1. The Rebel : Thief Who Stole The People

Rate : ★★★★★




Watak utama, Hong Gil Dong seorang anak perkasa, ni yang dikatakan pencuri. Maksud pencuri dalam drama ni sebenarnya dia telah mencuri rakyat  dan rakyat berpaling daripada raja. Gil Dong berusaha selamatkan rakyat daripada dibunuh tanpa sebab oleh raja. Gil Dong and the geng kumpulkan semua pengikut dan ajar mereka berlawan dan berperang. Apa yang hebat pada Gil Dong, dia anak perkasa, walaupun berdarah teruk or kena tikam dia still kuat dan susah mati. Impian dia cuma satu, nak bunuh raja Joseon.



2. Cinderella and The Four Knights

Rate : ★★★★



Eun Ha Won, seorang gadis muda yang rajin mencari duit untuk sambung belajar dan untuk hidup. Mak tiri dan kakak tirinya tidak peduli tentangnya dan dia disuruh tidur dalam bilik kecik. Macam Cinderella kan ? One day, chairman of Kang Group offer dia untuk tinggal di rumah yang dipanggil Sky House untuk melakukan missions. Mission dia, dia kena satukan tiga orang cousins yang dari kecil tak pernah nak berbaik. Ha Won ni berusaha sampai akhirnya dia berjaya dan jatuh cinta. Tapi boleh ke dia bercinta ? Sebab di Sky House mereka dilarang untuk bercinta.



3. Weightlifting Fairy Kim Bok Joo

Rate : ★★★★★



Okay gais cerita ni sweet 😍 Kim Bok Joo seorang weightlifting yang sangat berkerja keras. Joon Hyung seorang perenang. Joon Hyung pula merupakan kawan satu sekolah rendah Bok Joo dan mereka jumpa semula dekat sekolah atlet mereka. Mula-mula Bok Joo ni suka dekat seorang doktor, iaitu abang Joon Hyung. Tapi dia kecewa. Dan Joon Hyung yang selalu ada and buat dia happy. Lama kelamaan, mereka suka antara satu sama lain. Bok Joo yang nasihatkan Joon Hyung jangan cepat jealous, tapi dia yang terlebih jealous 😂



4. Emergency Couple

Rate : ★★★★



Oh Chang Min dan Oh Jin Hee pernah berkahwin pada usia muda dan bercerai. Keluarga Chang Min tak suka Jin Hee sebab tak setaraf. Duit belanja Chang Min disekat selepas dia berkahwin dengan Jin Hee. Kehidupan mereka susah dan selalu bergaduh. Selepas beberapa tahun terpisah, mereka jumpa balik dan mereka merupakan intern dekat hospital yang sama. Ni la orang kata kalau dah jodoh, bertemu semula. Lama kelamaan, perasaan sayang mereka berdua mula timbul balik. Apa yang I suka dengan cerita ni, of course Jihyo, dan cerita ni banyak dekat hospital dan banyak scene yang melibatkan bedah-bedah. Since I'm a science student, so I minat la cerita macam ni even takde rasa nak jadi doktor 😂



5. Ex-Girlfriends Club

Rate : ★★★★



Of course I tengok cerita ni sebab Jihyo. Bang Myung Soo seorang penulis webtoon yang popular. Dia menulis kisah percintaannya dengan ex girlfriends dia. Kim Soo Jin pula film producer yang cuba nak selamatkan syarikatnya. Soo Jin terpaksa bekerjasama dengan ex boyfriend dia Myung Soo untuk projek baru. Dan mengumpulkan semua ex girlfriends Myung Soo. Tapi takdir Soo Jin bercinta semula dengan Myung Soo dan kali ni serious.

June 06, 2017

VIDEOTAPE BY ADIB ZAINI

Hello readers ! Harini I nak share novel fixi lagi 😁 Tajuk dia videotape.


SINOPSIS

Razak seorang remaja yang dibesarkan dalam keluarga toksik. Disebabkan itu, dia lebih banyak lari daripada masalah di rumah dengan mencari masalah di luar.

Sepanjang hidupnya, dia mengenali beberapa kawan yang dianggap sebagai darah dagingnya sendiri. Mereka mencari kegembiraan bersama dan mencari masalah bersama.

Suatu hari, ketika didenda untuk bersihkan sekolah, mereka terjumpa sebuah kaset video yang tersorok di bilik stor. Tanpa mereka sangka, isi kandungan videotape itu bakal mengubah nasib hidup mereka. Bersama-sama, mereka menyelongkar misteri ngeri di sebalik objek berteknologi kuno itu.

Menerusi proses ini, Razak pelajari erti persahabatan, percintaan, kehidupan - dan kematian.

GENRE
Jenayah, penyiasatan, persahabatan, remaja

-----

Jalan ceritanya agak menarik, sebab misteri and obviously lebih kurang realiti. First, family Razak ni tak memberi contoh yang baik. Papa dia lecturer yang gila seks and selalu student perempuan yang nak markah tinggi akan tidur dengan papa dia. Mama dia pula muda lagi, dalam 29 tahun. and mama dia kuat merokok, ambil dadah dan minum arak. Tapi Razak tak pernah ada niat nak ikut perangai parents dia, and dia paling sayang mama dia.

Dia ada geng, the guys, ahli geng tu ada Razak, Joanne, Kok Ming, Ash, Dayana, Hasrul, Naga dan Gravin. Friendship dorang memang cenggini 👍

Dorang ni kira budak-budak nakal dan degil. Satu hari mereka kena denda bersihkan sekolah dan stor. Masa tu la mereka jumpa videotape. So mereka pakat nak tengok video tape tu bersama-sama. Mereka bertaruh RM10 siapa teka betul videotape tu cerita pasal apa, tapi benda tukar jadi misteri dan pelik lepas dorang tengok tape tu sebab content tape tu ada seseorang record video dia kidnap one girl ni nama dia Jacqueline or Jackie.

Siapa Jackie ni ? Apa kena-mengena videotape tu dengan Jackie ni ? Semuanya terjawab lepas korang baca novel ni. Dan apa yang akan terjadi pada dorang semua ? Mati or hidup ? Jeng jeng.

Jalan ceritanya menarik tapi agak lambat sebab mereka cuba memburu siapa orang yang di dalam video tape tu. Mereka cuba mengorek cerita dari guru-guru yang sudah lama bekerja di sekolah mereka. Ceritanya lebih kepada pemburuan dan tak banyak menceritakan tentang video tape tu. I pun ada rasa nak tau apalagi content dalm video tape tu sebab mereka cuma tengok sekejap saja, tapi takde diceritakan.

RATING

★★★