April 28, 2017

Cara-cara nak MOVE ON lepas putus cinta

Assalamualaikum. Kali ni I nak post dalam malay.

I nak share some tips nak move on. Move on ni tak senang, tak susah. Terletak pada diri kita sendiri. Kalau kita rasa susah nak move on, susah la. Kalau senang, senang la. I pun ambik masa almost one year nak betul betul move on. And now I dah totally move on 😌

So here some tips from me.

1. Masa bercinta tu jangan letak harapan terlalu tinggi sebab takut bila putus meroyan teruksss. Selalunya girls suka letak harapan like he's the one. Last last kena tinggal. Nak sayang tu jangan terlampau sayang.

2. Delete number. Jangan save old conversations. Kalau boleh delete number dia supaya korang tak try nak contact dia balik. And jangan mengharap yang dia akan contact korang.

3. Delete photos and videos. Jangan simpan gambar dengan video korang berdua. Kalau simpan dalam laptop, delete, lepas tu pergi recycle bin then permanent delete. Kalau dalam iphone, delete, lepas tu pergi deleted photos then permanent delete.

4. Jangan simpan barang barang yang dia bagi kalau nak betul betul move on. Kalau boleh buang je. Tapi kalau barang berfaedah macam buku ke baju ke simpan la. Like me, I still pakai baju dia bagi tapi kekadang I lupa tu baju dia bagi haha.

5. Jangan stalk sosial media dia. Jangan stalk gambar gambar dia, nanti lagi susah nak move on kalau tengok dia happy.

7. Jangan duduk terperuk dalam bilik. Nanti korang duk fikir pasal dia, termenung lepas tu menangis. Better keluar lepak dengan member, tak pun busykan diri buat kerja. Kalau rajin download movie and marathon. Jangan download movie cinta, download movie seram ke kelakar ke.

8. Workout or yoga. Cara yang boleh hilangkan stress fikir pasal hati. Better korang fokus nak fit and sihatkan badan korang. Takde la lemau je.

9. Fokus untuk berjaya. Kalau korang dah broken heart sangat sampat heartless, just focus on achieving your goals. Takyah nak relationship goals sangat. Dapatkan goals yang datangkan hasil.

10. Be happy. Nak nangis, boleh. Tapi bukan setiap hari. Setakat sehari dua okay la, lepas tu belajar jadi lebih kuat, matang dan berfikiran positif.

Okay la. Itu je yang I nak share. Thanks for reading 😊
Annyeong, chingu ! Terima kasih kerana meluangkan masa di blog ini.

No comments:

Post a Comment