HOME ABOUT ME VACATION DRAMA/MOVIE BOOK

October 17, 2017

OCTOBER BOOK GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

click banner

Tarikh tamat : 12/11/2017


October 16, 2017

1 LITRE OF TEARS


NO. OF EPISODES : 11
RELEASE DATE : October 15  to December 20, 2005
GENRE : Family, Romance, School, Tragedy
CASTS : Sawajiri Erika, Nishikido Ryo

 SYNOPSIS
15-year-old Ikeuchi Aya is an ordinary girl, the daughter of a family who works at a tofu shop, and a soon-to-be high schooler. However, odd things have been happening to Aya lately. She has been falling down often and walks strange. Her mother, Shioka, takes Aya to see the doctor, and he informs Shioka that Aya has spinocerebellar degeneration - a terrible disease where the cerebellum of the brain gradually deteriorates to the point where the victim cannot walk, speak, write, or eat.

-----

Cerita ni sangat sedih 😭 I tahu ramai yang dah tengok cerita ni sama ada movie ataupun drama tapi sesiapa yang belum tengok cerita, I memang recommend cerita ni kat korang. Click !

Kisah ni diambil daripada cerita sebenar seorang gadis Jepun yang bernama Aya Kitou/Kitou Aya, mengalami penyakit ganjil dan hanya 1 daripada 1000 orang akan alami, iaitu Spinocerebella Ataxia. Sehingga kini tiada ubat yang mampu sembuhkan penyakit ini.


Aya Kitou suka menulis diari dari umur 14 tahun. Ketika umur 15 tahun, symptom penyakit dia mula terlihat. Dia selalu jatuh sehingga dagunya luka. Dalam diari ini, dia menceritakan perjalanan hidupnya ketika dia cuba melawan penyakitnya itu. Semangatnya dalam mengharungi hidupnya menjadi inspirasi kepada semua pembaca diarinya. Diarinya disiarkan pada tahun 1986, dua tahun sebelum kematiannya.


Cara ini dapat memberi harapan kepada pesakit-pesakit lain supaya ada semangat untuk terus hidup. Aya memang suka membantu orang lain.

Penyakit Spinocerebellar Ataxia boleh dialami oleh sesiapa saja tak kira umur. Penyakit ni boleh datang bila-bila saja. Ia menyukarkan pesakit untuk bergerak, bercakap dan menulis. Makan pun selalu tercekik sebab susah nak telan makanan.

Kalau korang tengok drama ni, korang akan rasa sedih sebab kisah dia mula dari dia sihat, boleh bersukan dan bijak sehinggalah dia tak mampu nak bergerak, bercakap dan akhirnya meninggal.

RATING
★★★★★

October 14, 2017

GIRLS' GENERATION HAS LOST 3 MEMBERS

Assalamualaikum & hello readers 😊

I'm really shocked with the news that SNSD is going to lose 3 members; Sooyoung, Seohyun and Tiffany. My heart was breaking when the news was updated three days ago that they confirmed not to renew their contracts with SM Entertainment. A few month ago, they released their new album, songs and celebrated their 10th anniversary. They really looked so happy together and we never expected the news will come out like this.


As reported that Sooyoung and Seohyun want to focus on their solo careers in acting. They already have many roles in dramas. Tiffany is already in US to pursue her studies.

We, as SONE, should support them whatever decision they has made, eventhough we are mad and sad with their departure. They has decided what the best for their careers and future. SNSD has never thought of disbandment. They already a "Nation's Girl Group" and they have a busy life as an idol and actress.


Whatever happen in the future, let's support them. Support their careers, musics, dramas and movies. They always do the best for their fans. We all know that SONE is really meaningful to SNSD, they really love us. This is not the ending of SNSD era. They still need SONE to stay with them so that they know that we still want them.

Let's support them 💪😊

October 09, 2017

GANTUNG BY NADIA KHAN


SINOPSIS

Novel kedua oleh penulis novel bestseller KELABU.
"Musketeer Code - no all for one, just one for all."
Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code - peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.
Sehinggalah peraturan itu dilanggar... dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. Kemudian —
GENRE
Seram, remaja, mindfuck, cinta, persahabatan, gender

-----

Siapa yang dah baca novel ni mesti setuju dengan I yang cerita dia best ! Memang mindfuck. Korang kena baca dari awal sampai habis dan tak boleh skip cerita sebab nanti jadi confuse. I memang suka skip baca part-part yang tak best lagi-lagi kalau novel cinta, banyak yang skip 😂 Novel fixi memang susah nak skip part sebab setiap part ada something yang kena tau.

Cerita Gantung ni pula ada dua cerita dalam satu novel, maksud I bukan ada Part 1 dan Part 2. Setiap bab ada diselang-seli dengan cerita mereka waktu sekolah dan cerita mereka selepas 10 tahun.

Macam biasa cerita tentang remaja zaman sekarang yang lebih cenderung kepada aktiviti yang tak bermoral. Walaupun pembaca akan rasa macam sweet je mereka ni, tapi kita kena ingat yang mereka tengah buat dosa besar. Pembaca matang sahaja yang boleh baca.

Gibbs, Ray, KJ dan Troll akan berkongsi perempuan yang sama dan perempuan-perempuan tu memang merelakan diri mereka untuk dikongsi asalkan boleh bersama mereka berempat. Sehinggalah Gibbs mula bercinta dengan Fara dan dia taknak berkongsi dengan kawan-kawannya. Dia langgar peraturan, tapi kawan-kawannya tak kisah sebab mereka tahu Gibbs memang dah lama sukakan Fara.

Deepa, perempuan psiko yang bunuh diri sebab mungkin tak dapat terima yang dia di-prank dan dipermalukan oleh KJ dan Troll di bilik mereka. Deepa suka sangat dengan Gibbs sampai sanggup serah diri kepada mereka berempat.

Cerita 10 tahun kemudian, Ray cuba memberitahu Gibbs dan KJ yang mereka dah mati melalui pementasan teater. Kenapa mereka mati ? Sebab dendam. Cuma Ray saja yang terselamat, sambungannya di Gantung 2. I belum baca lagi memandangkan minggu kedua pun dah busy dengan assignment dan nak kurangkan rasa takut lepas macam-macam cerita I dah dengar dekat hostel tu.

RATING
★★★★★

October 08, 2017

MY JOURNEY #4 : TREE FOR LIFE (PART 2)

Assalamualaikum & hello readers 😊

Harini kita bercucuk tanam lagi tapi kali ni kita tanam pokok. Pokok yang group kitorang dapat adalah pokok Kedondong 😄 So lepas ni tugas kitorang hanya la siram pokok 2 kali sehari dan letak baja. Memandangkan kitorang ada 8 orang, jadi tugas dibahagi ikut masa free kitorang.


Yang kat tengah baju hitam tu Miss Amirah, fasi group 2

7.30 am : Berkumpul
8.00 am : Bergerak ke tapak tanaman
8.15 am : Aktiviti penanaman bermula
9.30 am : Aktiviti penanaman tamat dan sarapan
10.00 am : Majlis penutup
12.00 pm : Bersurai

Pukul 7.30 dah kena berkumpul dengar taklimat sikit lepas tu baru start menanam. Pokok-pokok yang ditanam tu semuanya wakaf dari staf-staf UiTM KP. Dah habis mandi peluh tanam pokok, kitorang diberi breakfast nasi lemak sebelum dengar ceramah.

Sepanjang dengar ceramah tu, mata berat takyah cerita la. Tapi ustaz tu kata tukar mind set. Kalau buat dalam keadaan terpaksa, pahal pun hilang. Jadi kitorang pun tahan mata fokus apa yang ustaz tu ceramah.

Selepas habis ceramah pukul 12 pm, barulah kitorang dilepaskan. Sijil dan kupon pun dah dapat.

Semoga pokok tu membesar dengan sihat dan menghasilkan buah kedondong yang sedap, dan juga pokok-pokok lain.

October 01, 2017

MY JOURNEY #3 : TREE FOR LIFE (PART 1)

Assalamualaikum & hello guys. I hope you have an amazing day today 😄

This week was really a hectic week and I was so busy with assignments. Setiap malam akan keluar buat discussion dengan groupmates dan lepas habis kelas akan ke library untuk cari rujukan. This is degree life gosh I wish I could turn back to diploma life where I have free time to enjoy my days.

Semalam student degree Biology dan diploma Mikrobiology kena bercucuk tanam dan kena jaga pokok tu sampai habis sem. Seriously ! Semalam kitorang cuma gali tanah untuk tanam pokok minggu depan. I don't know why we have to do this. It ruins our weekends, we have to wake up early which is 8 am just to tanam pokok. Kitorang kena siram dan letak baja every week.

It's okay, that's a good thing so we have a productive day.


Group I ada 8 orang & I'm the oldest 😂 Dorang semua adik-adik I sebab umur 18 & 19. Kak Nina 😂 So awkward......



Harapan kami semoga pokok buah tu membesar dengan sihat dan produce buah-buah yang sedap 😋
Minggu depan baru tahu pokok apa yang kitorang perlu tanam.


September 22, 2017

MY JOURNEY #2 : KENAPA PILIH BIOLOGY ?

Assalamualaikum. Hello readers 😄

Minggu kedua dah busy dengan assignment. Life degree dengan diploma berbeza ye cik nina. Diploma dulu boleh la nak lepak lepak sana sini, sekarang ni dah duk menghadap notes dengan assignments. Memandangkan ada cuti tiga hari minggu ni, I terus plan balik hari khamis (21/9) petang alang-alang kelas petang tu cancel. Haa sebab tu I boleh ber-blogging sekarang ni hehe 😄

-

Back to the topic, kenapa pilih Biology ?

Minggu lepas dan minggu ni soalan sama dari lecturer. Kenapa pilih Biology ? Kerja apa yang korang nak cari ?

Mula-mula, I pun macam 'Kenapa erk ?' Sebab dah dapat Biology. Haha jawapan yang tak menyakinkan. Masa I pilih course ni, memang course yang I nak sebab I nak cari kerja yang bukan kerja dalam office. I suka duduk dalam lab. Waktu study ni pun I lebih suka lab daripada belajar dalam kelas. I suka bau chemical, bau ubat 😂

I pilih Biology sebab suka belajar pasal badan manusia, environment dan flora & fauna. Kalau nak tau, I suka pergi Taman Botani. I selalu catit nama-nama pokok dan serangga yang ada. Kalau pergi zoo, I akan baca nama saintifik haiwan yang ada. I akan ambik masa agak lama untuk pusing satu taman ataupun zoo tu sebab nak baca info yang ada. Kalau pergi muzium lagi lama I bertapa dalam tu 😂

Masa sem 5 waktu diploma, kitorang ada satu subjek yang kena cari bunga/daun dan serangga untuk assignment. Kitorang kena cari nama-nama saintifik serangga dan bunga/daun tu. Memang stress tapi seronok.


Masa nak bagi serangga tu pengsan/mati memang rasa kesian, sampai tak sanggup tengok masa serangga tu kejang-kejang.

Bila fikir balik minat I dekat flora & fauna, I nak jadi sama ada Biologist, Botanist ataupun Zoologist. Apa yang 3 scientist ni buat ?

  • Biologist - Study about life, humans, animals and bacteria.
  • Botanist - Study about plants - from the smallest bacteria to the largest living things.
  • Zoologist - Study about animals and their interaction with ecosystems.

Pernah jugak ada cita-cita nak ambik Forensik, tapi bila mengenangkan nak tengok darah pun takut inikan nak tengok mayat 😂 I suka benda yang ada kaitan dengan siasatan. Nak jadi CSI kononnya. I memang minat search terrifying facts, thriller dan kes pembunuhan, tapi sebenarnya I ni penakut 😂 

Cita-cita nak jadi Doktor waktu zaman sekolah je, lepas tu tak minat sebab tak suka bedah-bedah ni. I punya curiosity level memang tinggi. Ada satu sem yang kitorang kena bedah tikus dan I curious gila apa yang ada dalam tikus tu sampai hancur tikus tu I kerjakan. Rasa berdosa pun ada 😅 Bedah cengkerik pun ada untuk tengok sperm, hancur jugak 😅 

Itulah sebab I pilih Biology. Doakan Anina berjaya capai cita-citanya okay 😉

HILANG BY DAYANG NOOR


SINOPSIS

Hilang menemukan Shaziman - seorang jurulatih peribadi yang happy-go-lucky - dengan Khairani, seorang gadis kampung yang berhijrah untuk mencari rezeki dan cinta. Apabila adik kembar Shaziman ghaib, dia tidak menyedari Khairani menyimpan kunci tentang misteri itu.

GENRE 
Jenayah, misteri

-----

Novel ni tak berat sangat. Ada pembunuhan tapi tak seteruk pembunuhan dalam Gelap. Cerita ni tentang pemburuan, Shaziman dan Jo (penyiasat peribadi) memburu Jusoh, seorang penjenayah paling bahaya dan bijak, untuk mencari adik kembar Shaziman, Ikhsan.

Cara penceritaan setiap bab berlainan. Bab berselang-seli mengisahkan tentang Shaziman dan Khairina mengikut bulan dan hari sehinggalah hari kehilangan Ikhsan. Shaziman dan Jo berusaha menjejak Jusoh, semua mangsa yang dicacatkan oleh Jusoh telah dijumpai sehinggalah mereka bertemu dengan Khairina yang tahu apa yang terjadi pada Ikhsan.

Khairina menjadi orang kuat Jusoh dalam keadaan terpaksa demi keselamatan dirinya. Akhirnya, dia bekerjasama dengan polis untuk menangkap Jusoh. Namun, ada rahsia yang pembaca perlu tahu tentang Khairina si gadis kampung kecil molek ni. Apa rahsia itu ? Kenapa sampai dia bunuh orang ? Ooopppsss 😐

Novel ini tak terlampau berat untuk pembaca. Cuma novel ini menceritakan macam mana Ikhsan boleh hilang dan macam mana mereka cuba menjejaki Jusoh.

RATING
★★★(3.5)

September 21, 2017

GIVEAWAY PALING GEDIK (TAMAT)

click banner

Hello readers 😊

I join GA ni sebab baju-baju tidur dia comel sangat 😍 Korang kalau nak, cepat-cepat join tau.

Hadiah
Semuanya comel-comel.

September 16, 2017

GIVEAWAY COMEL BY SYAHIRAH VALIANT (TAMAT)

click banner

Tarikh tamat : 9 October 2017

Hadiah-hadiah comel


September 12, 2017

MY JOURNEY #1 : DEGREE

Hello readers 😊

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan September. Lagi beberapa bulan nak masuk 2018.

Congratulation

September 11, 2017 I'm officially a degree student. Ramai kawan-kawan sebaya dah masuk degree dulu, jeles tengok. I dapat sambung dalam Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi di UiTM Kuala Pilah. Universiti pertama I masuk waktu diploma sem satu sebelum dipindahkan ke universiti asal, UiTM Tapah. So, rasa excited tu kurang sikit sebab tau tempat dia macam mana 😂


Ada jugak kawan-kawan yang sama diploma dapat tempat yang sama, especially Ana, best friend waktu diploma. Kitorang dari sem satu sampai la habis bersama-sama dan degree pun dapat tempat sama tapi dia dapat sambung Sains Kimia, sama dengan Emi. Emi pulak dapat dekat UiTM Jengka.

Kali ni ibu dah warning awal-awal jangan leka kali ni. Takde nak enjoy sangat macam dulu 😅 Kalau memang dah tak boleh nak study sebab tepu otak baru la keluar pusing-pusing uni.

Kawan mesti la kena ada, tapi bukan untuk enjoy selalu. Dalam kelas mesti kita kena cari kawan untuk group assignment. Majoriti student dari UiTM Tapah, so ramai yang dah kenal. Senang sikit nak cari kawan. Harap-harap la dapat group yang bekerjasama dan tak lepas tangan. I tak sanggup hadap.


Kelengkapan bilik lebih baik daripada sebelum ni. Almari baju, meja belajar dan rak bawah katil semuanya baru. Muat untuk barang-barang I yang banyak ni.

Subjek-subjek pun dah daftar. Tengok jadual rasa nak nangis 😂 Kembali ke zaman kelas yang padat. Nak elak dapat kelas pukul 8 memang takde la sebab subjek banyak. Mungkin akan jarang sangat balik Gombak since tambang nak balik mahal 😖 Kat Tapah dulu dekat je ETS, tak sampai 5 minit dah sampai stesen. 

Jadual Blogging

Memandang dah start busy dan I pun kurang masa untuk ber-blogging, Wifi dekat sini pun tak membantu sangat, jadi Sabtu dan Ahad saja I akan ber-blogging sebab data internet untuk weekend berlainan dengan weekdays. Mungkin I akan blogwalking guna phone saja.

Chaiyok nina !

September 09, 2017

COMEBACK GIVEAWAY BY CIKBEBEL (TAMAT)


click banner

Cikbebel nak cari 8 pemenang untuk tudung bawal dan shawl. Haa jadi kena cepat-cepat join kalau nak menang !

Tarikh tamat : 30 September 2017


Tiga kawan ditag

September 08, 2017

SCHOOL 2017


No. of episodes : 16
Release date : July 17 to Sep 5, 2017
Genre : Comedy, Mystery, Romance, School, Youth
Casts : Kim Se Jeong, Kim Jung Hyun, Jang Dong Yoon, Han Sun Hwa, Han Joo Wan

SYNOPSIS
Ra Eun Ho is a cheerful student who has kept her place as rank six out of 280 students at her high school. She has a talent for drawing webtoons and dreams of dating the college boy she has a crush on. One day, while trying to find inspiration for her comics, she somehow is caught in the wrong place at the wrong time and gets marked as a delinquent student. This is only the start of her troubles.

------

Siapa pernah tengok School 2015 ? Kisah dua orang kembar yang terpisah, seorang dengan keluarga senang dan seorang lagi dengan keluarga susah. Seorang hati keras dan seorang lagi selalu dibuli.

Kali ni School 2017 menunjukkan bagaimana anak-anak orang kaya mampu tutup perbuatan nakal mereka dengan duit. Walaupun mereka punca masalah yang berlaku, tetapi mereka akan menuduh orang yang tak bersalah. Sebab apa ? Sebab orang yang bersalah itu miskin, tak pandai. Cikgu-cikgu lebih menyebelahi anak orang kaya kerana ibu bapa mereka merupakan orang kuat di sekolah itu.

Ra Eun Ho dan Hyun Tae Won dari keluarga yang berbeza. Keluarga Ra Eun Ho bukan keluarga yang kaya, tapi kehidupan mereka bahagia selalu. Hyun Tae Won pula dari keluarga yang kaya, tapi hubungannya dengan ayah dia tak sebaik Ra Eun Ho dan keluarganya. Ayahnya lebih mementingkan reputasinya sendiri daripada anak sendiri.

Ra Eun Ho dituduh sebagai Student X dan hampir dibuang sekolah, tetapi Student X telah menyelamatkannya. Korang boleh teka siapa Student X bila dah tengok cerita ni. Obvious sangat 😂

Hyun Tae Won merupakan anak salah seorang pengarah sekolah, dan juga pemilik sekolah itu. Dia mula rapat dengan Ra Eun Ho setelah Ra Eun Ho tau dia ialah Student X. Hubungan mereka semakin rapat dan Tae Won mulai suka pada Ra Eun Ho. Ra Eun Ho mampu mengubah sikap dingin Hyun Tae Won kepada kebudak-budakan. 


Song Dae Hwi pula merupakan sahabat lama Hyun Tae Won, mereka tak berkawan sejak kejadian yang terjadi kepada sahabat mereka, Joong Gi. Namun, dengan penumbuk mampu memulihkan hubungan dingin mereka. 

Ada orang tertentu sahaja yang tau Tae Won ni Student X dan mereka sangat memegang rahsia. Saling membantu antara satu sama lain.

Walaupun Tae Won ni marah sangat pada ayahnya, tapi dia sayang sangat ayahnya dan taknak kehilangan ayahnya. Disebabkan ini ayahnya mula berubah.



Hyun Tae Won dan Ra Eun Ho comel sangat 😍 Bila korang tengok drama, korang akan sengih je tengok dorang berdua. Comel ! 

Drama ni mengajar kita macam mana nak mempertahankan diri daripada terus dipersalahkan oleh pihak atasan. Mengajar kita bersatu untuk berani menegakkan kebenaran.
RATING
★★★★★

September 07, 2017

FIRST GIVEAWAY BY BLOG BUKU PINKY (TAMAT)


click banner to join

Hello readers ! Jom pakat ramai-ramai join GA kali ni 😄 Hadiah-hadiah pun menarik tau. Syarat-syarat pun senang je.

Tarikh tamat : 5 Oktober 2017

Hadiah-hadiah 

Hadiah pertama : RM30
Hadiah kedua: RM20
Hadiah ketiga:RM10
Hadiah keempat: Reload RM5
Hadiah Saguhati (5 Orang) : Bookmark magnet comel

Entry paling kreatif: RM20


September 05, 2017

ASRAMA 2


SINOPSIS

Dahlia tidak pernah gagal menyambut harijadi setiap pelajar di asrama itu. Bukankah Dahlia dan harijadi memang sinonim ?

Kehadiran Lily membuka lembaran baharu di asrama tempat mereka bertapak. Lily istimewa kerana dia satu-satunya mangsa yang terselamat bahana penculikan 'Pembunuh Tangan Hilang' suatu ketika dahulu.

Namun, misteri menyelubungi asrama sekali lagi apabila histeria berantai melanda dan menyebabkan pelajar dalam ketakutan ! Adakah ini semua berkaitan dengan Lily yang seolah cuba dilindungi 'sesuatu' ?

 Dan dapatkah Dahlia dan kawan-kawannya menyelamatkan asrama yang mereka huni ?

GENRE

Seram, misteri, remaja

------

Sebelum korang baca novel ni, baca dulu novel Asrama supaya tak confuse wujudnya watak Dahlia. Bahasa yang digunakan berbeza sebab dalam Asrama penulis guna bahasa melayu biasa tetapi dalam Asrama 2 penulis guna loghat Sabah. Jangan risau, penulis ada terang maksud-maksud perkataan Sabah tu. Gambar-gambar yang dilukis pun ada ditambah dalam novel ni.

Cerita masih di asrama yang sama, cuma watak utama kali ini ialah Lily, pelajar baru. Kisah 'Pembunuh Tangan Hilang' ni takde cerita banyak pun. Cuma bagitau yang Lily terselamat dari pembunuh tu. I thought dia bagitau macam mana cara Lily ni terselamat, tapi cuma dia bagitau Lily kena pukul di kepala lepas tu pengsan dan tau-tau dah terselamat. Selepas dia kena pukul tu, dia lupa ingatan. Semua kejadian yang berlaku dia tak ingat dan ibu bapa dia pun taknak bagitau supaya Lily ni tak jadi pendiam macam dulu.

Dahlia pula hantu dalam cerita ni. Kalau dalam Asrama, kita ingat dia manusia dan dia pun ingat dia manusia, padahal hantu. Jadi dalam Asrama 2 ni dia dah boleh terima yang dia ni hantu. Ingat tak sebelum dia mati dia pernah bersumpah yang dia takkan mati sebab esok harijadi dia ? Sebab itu hantu dia berkeliaran dekat asrama tu dan setiap kali ada sambutan harijadi, dia akan muncul untuk raikan bersama-sama. Semua pelajar asrama tau dia akan ada tapi peliknya mereka tetap sambut.

Pembuliaan yang berlaku tak banyak tapi pelajar yang kena buli dengan hantu banyak. Itu yang banyak histeria. Lily dilindungi 'sesuatu', kalau Lily dibuli, 'sesuatu' tu akan balas dendam. Lily taknak 'sesuatu' mengganggu pelajar lain dan juga meminta untuk berhenti melindunginya, tapi 'sesuatu' tu degil.

Plot twist novel ni lebih kurang sama dengan Asrama, rupanya ramai yang hantu, bukan Dahlia and the gang je. Bila korang baca korang rasa macam what the hellll. Tapi plot twist Asrama lagi pening la.

RATING
★★★★★

August 31, 2017

WHITE : THE MELODY OF THE CURSE (2011)


Release date : June 9, 2011
Genre : Music, thriller, mystery, horror
Casts : Ham Eun Jung, Hwang Woo Seul Hye, May Doni Kim, Choi Ah Ra, Jin Se Yeon

SYNOPSIS
A Korean pop group's internal strife takes a back seat to death when they perform a cursed song.

-----

Seram. I rasa I macam termasuk dalam cerita tu 😂 Goosebumps. Jalan cerita dia seronok dan seram sampai I terpaksa cari tempat terang nak tengok sebab takut tengok gelap-gelap. Cara dorang kena seksa dengan hantu tu dan cara dorang bunuh diri. Kalau korang hayati cerita ni betul-betul, korang pun akan dapat rasa.

Cerita seram berkaitan dengan satu lagu yang menyebabkan kematian. "Pink Doll" nama kumpulan K-pop yang dianggotai 4 orang gadis ; Eun Ju, Jenny, A Rang dan Shin Ji. Satu hari mereka pindah ke studio baru, yang simpan satu kisah misteri. 

Eun Ju, ketua kumpulan, menemui satu tape disebalik cermin di bilik tari, yang tertulis 'White'. Eun Ju memainkan tape itu dan tape itu menunjuk satu music video lama seorang penyanyi wanita bersama-sama back up dancer. Lagu itu tak pernah dimainkan kerana ada sesuatu yang pelik terhadap music video itu, muka penyanyinya menakutkan


Ini gambar dari music video dalam tape tu

Mereka mengambil keputusan untuk menjadikan lagu itu sebagai lagu mereka, tetapi lagu itu hanya memerlukan seorang vokalis dan mereka terpaksa memilih vokalis utama di antara mereka berempat. Masing-masing mahu jadi vokalis utama.

Satu per satu benda buruk berlaku sehingga menyebabkan 3 daripada mereka ; Janny, A Rang dan Shin Ji, masuk hospital kerana cedera parah akibat diganggu si pemilik lagu itu. Pemilik lagu itu tak suka lagu dia diambil, sebab tu lagu yang dia tulis sendiri.

Eun Ju dibantu kawannya, Soon Ye, cuba mencari siapa pemilik lagu tersebut sebelum dia menjadi vokalis seterusnya. Akhirnya dia menemukan data si pemilik, Jang Ye Bin, yang sudah mati 15 tahun lalu akibat kebakaran. Setelah menyelesaikan masalah itu, Eun Ju mengambil keputusan untuk menjadi menyanyi lagu itu dan dia berjaya menjadi terkenal dengan lagu itu.


Namun, sumpahan yang ada pada lagu itu masih ada kerana pemilik lagu itu bukan Jang Ye Bin, tetapi seorang back up dancer berambut putih yang mukanya dicacatkan oleh back up dancer yang lain dan bunuh diri dengan minum peluntur. Jang Ye Bin, orang pertama mati sebab sumpahan itu, mencuri lagu itu dan menyanyikannya. 

Akhirnya, apa yang jadi ? Mereka hidup atau mati ke ? Siapa yang mati ? Silalah tengok 😂 Click SINI
RATING
★★★★★

August 28, 2017

KAKLONGCHAN.COM MERDEKA GIVEAWAY (TAMAT)

Click banner to join

Tarikh tamat : 31 August 2017

Seorang pemenang akan dipilih dan hadiah yang bakal diterima ialah Anello Banana Bag







August 27, 2017

SEGMEN AIRAHSYAHIRAH.BLOGSPOT CARI BLOGLIST ! (TAMAT)


Tarikh tutup : 30 August 2017

Korang, jom la join segmen ni 😄 Cik Airah tengah cari peserta untuk bloglist dia. Meh support !

SYARAT 

1. Mestilah follow blog airahsyahirah.blogspot.com. Wajib tau
2. Follow instagram @airahbeautyhealth
3. Kalau nak join pastikan blog awak aktif sebab I nak singgah dan komen semua entry ! *gigih
4. Buat satu entry ' Segmen AIRAHSYAHIRAH.BLOGSPOT Cari Bloglist !' dan paste banner dalam tu jangan lupa backlink sekali.
5. Kalau rajin komen sekali kenapa nak masuk bloglist I.
6. Komen entry penyertaan dalam komen box bawah entry ni.


August 26, 2017

ABANG LONG FADIL 2


Release date : August 24, 2017
Genre : Komedi, Aksi
Casts : Zizan Razak, Syamsul Yusuf, Shuib Sepahtu, A. Galak, Wak Doyok, Mas Khan, Achey, Dato' AC Mizal, Tania Hudson

SINOPSIS
Filem ABANG LONG FADIL 2 mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil, yang terjerumus ke dalam dunia mafia, didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Fadil terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh. Sasaran pertama Fadil ialah King Kong, seorang yang gila kuasa dan musuh kepada Taji Samprit. Berjayakah Fadil menempuh dugaan yang berlaku pada dirinya?

-----

Abang Long Fadil ni mulanya dari KL Gangster, Fadil yang merupakan kawan baik Malik (Aaron Aziz). Abang Long Fadil 2 ni berbeza dari yang pertama sebab lebih banyak aksi daripada fantasi. Cerita dia dari mula sampai habis memang kelakar, korang akan gelak je. Macam mana tak kelakar kalau pelawak-pelawak hebat yang berlakon. Cerita pun takde berkait dengan KL Gangster macam yang pertama.Terkejut jugak Shark jadi polis 😂

Abang Long Fadil 2 ni Zizan tak lagi bawak watak penakut dan tak mengharapkan bantuan orang lain untuk berlawan, dan tak berimaginasi. Kali ni dia lebih segak dan handsome, lebih banyak aksi yang dia bawak. Nampak yang dia lebih bijak kali ni. 

Fadil ni cuba menjejaki Tiger, pembunuh upahan yang dah banyak bunuh orang tapi takde seorang pun tahu siapa dia ni sebab dia pakai topeng. Fadil dibantu oleh Yana, seorang wartawan, dan Ali (Achey), seorang cameraman. 


A. Galak & Wak Doyok

Inspektor Wahab (Syamsul Yusuf) dan Inspektor Syuib (Shuib Sepahtu) juga cuba menjejaki Tiger, the most wanted person. Watak Dato' AC Mizal memang best dan kelakar, AC Mizal kot bro haha. Dulu tengok dia dalam Gerak Khas serious je tapi kali ni kau akan gelak je. Dato' AC Mizal daebak 👍

Plot twist cerita ni memang unexpected. Korang akan rasa whaaatttt bila tahu siapa Tiger ni 😂 Kalau dah komedi, plot twist pun mesti kelakar. Serious cakap, I suka watak Zizan dalam cerita ni, nampak lebih professional. Pelakon semua hebat-hebat.


Jangan kata abang tak payung

RATING 
 ★★★★(4.5)

FACE MASK GIVEAWAY BY ASYIQIN89 (TAMAT)


Click banner to join

I memang minat pakai face mask. Rasa soft je skin lepas pakai. Bila jumpa giveaway ni I terus tertarik nak join 😄 Korang pun jom la join ! Senang je rules dia.

SYARAT YANG LAGI MUDAH DAN SENANG JE (:

1. Follow Blog ini
2. Follow instagram INI
3. Like FB Page INI

4. Buat entry ' FACE MASK GIVEAWAY by Asyiqin89',  paste banner dan backlink ke sini.
5. Pilih nak Mask yang mana satu
6. Kalau rajin like la iklan tu sikit. hehe ^_^
7. Letak link entry penyertaan dalam komen box bawah ni.

Tarikh tutup : 5 September 2017

Face mask yang I pilih


Hadiah 1:
Ferment Water Resilient Hydrating Mask 
+
Bye bye 'Panda Eyes'

August 24, 2017

ONE MEAL FOR TOMORROW



Release date : January 7, 2017
Genre : Friendship, Romance, School, Youth
Cast : Nakajima Yuto, Araki Yuko

SYNOPSIS
A 7-year love story between Hayama Ryota and Uemura Koharu from their first date to eventual marriage. Ryota and Koharu are high school students. Ryota is indifferent to people and says very little. Koharu is not afraid of to speak her mind and she has a bright personality. Since a game of rice bag jump, they begin to date. They date at a fast-food restaurant, realize they love each other at a family restaurant and finally swear their love on a dining table with white rice.

-----

Jalan cerita dia agak slow dan hanya menceritakan tentang mereka berdua saja. Uemura meluahkan perasaan pada Ryota selepas mereka menang dalam acara sukan di sekolah tetapi Ryota tak bagi jawapan. Dia kata dia takut nak jatuh cinta. Namun, akhirnya mereka berdua mula bercinta.

Selepas 3 tahun, Uemura tiba-tiba minta putus padahal dia yang confess. Ryota kecewa sangat tapi dia tak putus asa untuk pujuk Uemura. Rupa-rupanya Uemura ni ada tumor dekat rahim dan terpaksa operation. Impian mereka berdua nak ada anak terkubur. Ryota yang sayang sangat dekat Uemura berjanji akan sentiasa ada dengan Uemura walaupun takde anak.

Kesetiaan tu penting dalam hubungan. Dalam hubungan, kita kena bagi sokongan kalau pasangan kita dalam masalah. Sokongan untuk jadikan mereka lebih kuat dan tak murung. Kalau betul seseorang itu ikhlas sayangkan kita, dia takkan tinggalkan kita.

RATING
★★(2.5)

August 20, 2017

8 YEARS WITH DTOH

8 years, 8 girls
Anina | Nabilah | Ili | Julyana | Nazihah | Hanifah | Alisya | Syafiqa
DTOH bermaksud Detective Teenagers Over Hawett, kelakar kan ? Ya kelakar tapi kitorang tak matang lagi masa tu 😂 Tapi dengan nama DTOH ni la orang kenal kitorang 8 anak dara. Each of us has our own position, like me as a captain, tapi semua tu dulu punya haha sebab sekarang 'jawatan' yang ada cuma captain, yes that's me walaupun I dah tak mengaku captain 😂 Kitorang berkawan sejak dari Form 2, dah 8 tahun and still counting.

Memasing ada perangai sendiri tapi banyak bercakap tu perangai kitorang semua. Merepek yes selalu jugak merepek borak itu ini 😂 Blur/lambat pickup, ganas, gangster, tapi sekarang memasing dah jadi gegirl. No kasar kasar weollsss tak boleh uhuks 😊 Jeng tipu je ! Ganas ada je lagi tapi versi lemah lembut 😂

DTOH ni yang kenal cuma budak budak kelas depan, sebab kitorang tak ramai kawan budak budak kelas bawah. Bukan nak racist. Kelas kitorang banyak, ada 13-15 kelas. Yang mana sama kelab ke rumah sukan ke tu kitorang berkawan la. Cuma tak rapat.


Ke mana-mana kitorang bersama-sama. Study sama, makan sama, kelas sama, lepak sama, tapi tak semua la berkumpul. Kadang-kadang dalam 3-4 orang, sebab ada yang busy. Ada yang pegang jawatan dalam kelab, koperasi, pengawas. Jadi tak semua selalu ada, mana yang free dan kaki lepak sampai petang je akan berkumpul. Selalu port lepak dekat kantin, library dan anjung.

Kalau nak beraya pulak, kawan sekelas yang ada buat open house, dorang nak jemput kitorang bukan sebut nama satu-satu tapi sebut "Dtoh jemput la datang open house aku." "Dtoh datang la raya." And kitorang pun faham la haha. Of course kitorang semua datang.


Masuk Form 4, Alisya dapat masuk MRSM. Tipu la tak nangis 😂 Berat hati nak lepaskan, tapi alhamdulillah masih kekal bersama. Kalau dia balik Gombak dapat la lepak makan makan. Tempat biasa kitorang lepak ialah McD dekat Ong Tai Kim. Itu je la tempat kitorang lepas balik sekolah, dan sampai sekarang 😂

Sampai sekarang walaupun tak dapat berkumpul semua, kitorang still contact and tak lupa birthday memasing 😊

Describe them

Nabilah : Feminine. Lemah lembut, sopan santun, cantik.
Ili : Talkative like me. Kalau jumpa memang susah nak stop bercakap.
Julyana : An independent girl. Dia banyak bagi inspirasi. Cara dia bawa diri, berdikari.
Nazihah : Cute but gangster. Dia ni cute, nampak lembut. Dalam lembut dia tu ada kasar haha.
Hanifah : Honest. Dia takde nak berkias-kias bila bagi pendapat.
Alisya : The prettiest. Paling ramai peminat dan pandai.
Syafiqa : A brilliant girl. Dari zaman sekolah rendah result dia paling gempak.

Dtoh, walaupun kita susah nak kumpul semua, aku tetap sayang korang. Walaupun kita ada best friend lain, tapi korang tetap best friend no. 1 aku 😊 Walaupun kadang-kadang rasa kita tak ambil berat satu sama lain, tapi korang selalu dalam doa aku. Macam mana aku nak lupa korang kalau korang selalu ada.


Happy 8th Anniversary girls 😄🎉

August 18, 2017

GELAP BY ARIFF ADLY


SINOPSIS

Sekumpulan kawan dari keluarga orang berada mengamalkan gaya hidup bebas. ‘Private party’ setiap tahun sudah menjadi satu tradisi.
Satu invitasi daripada Adi dan Maya yang merupakan tuan rumah kali ini diterima oleh Anip, Dawi, Sheqa, Atirah, Eva dan Ed bertempat di kawasan hutan tempat jin bertandang.
Tanpa mereka sedar, parti kali ini mungkin menjadi parti terakhir mereka. Bermula dengan satu kematian, diikuti kematian yang lain. Setiap satu nyawa yang hilang diganti dengan sekeping nota bernombor. Masa bukan teman. Apa mereka sempat merungkai mesej si pelaku? Dapatkah mereka lari daripada cengkaman GELAP ini?

GENRE

Mindfuck, misteri, psikotik

-----

First of all, cerita ni macam SAW sebab pembunuhan tragik. Mula-mula memang susah nak agak siapa pembunuh dia. Pembunuh ni buat semua ni sebab nak balas dendam kematian adik. Adik dia bunuh diri disebabkan 5 orang ni ; Adi, Anip, Sheqa, Atirah, Eva dan Ed. Mereka sekolah di sekolah yang sama dan memasing perangai agak teruk.

Adik pembunuh ni cacat dan dia selalu kena ejek dengan budak 5 orang tu. Satu hari dia kena rogol dengan 3 budak lelaki tu dan mereka rakam perbuatan mereka tu. Video tu pulak di-upload di Youtube oleh Eva tanpa pengetahuan sesiapa. Disebabkan itu, si adik tu stress dan bunuh diri.

Cara pembunuhan dia lebih kurang SAW sebab dia guna peralatan makmal dan alatan lain. Tragiknya cara pembunuhan ni, dia seksa sampai mati. Kena rendam muka sampai lemas, kena potong lidah dan dimasukkan ubat gegat, kena ikat dan biar digigit tebuan. Setiap kali berlaku pembunuhan, pembunuh tu akan tinggalkan satu kertas yang ada nombor dan mereka mati mengikut nombor tu.

Pembaca matang saja yang boleh baca, dan jangan cuba melakukan semua perbuatan tu. Apa-apa pun, jangan ada perasaan dendam yang boleh membawa padah. Memaafkan lebih baik. Walaupun maaf tak mampu ubahkan benda yang lepas tapi in shaa Allah memudahkan masa depan 😊

RATING
★★★★★

August 17, 2017

ANNABELLE : CREATION (2017)



Release date : August 11, 2017
Genre : Horror, thriller, mystery

SYNOPSIS
Former toy maker Sam Mullins and his wife, Esther, are happy to welcome a nun and six orphaned girls into their California farmhouse. Years earlier, the couple's 7-year-old daughter Annabelle died in a tragic car accident. Terror soon strikes when one child sneaks into a forbidden room and finds a seemingly innocent doll that appears to have a life of its own.

-----

Pada I, it was okay, 6 out of 10. Mampu buat I tutup mata tengok cerita ni, tapi belum sampai menjerit. Sesiapa yang belum tengok Annabelle mungkin confuse bila tengok ending cerita ni. So sesiapa yang belum tengok Annabelle, silalah tengok. Dalam cerita Annabelle : Creation ni, kisah dia menceritakan macam mana wujudnya patung Annabelle yang berhantu tu.

Annabelle nama anak patung creepy yang ada dalam movie ni. Mula-mula cerita agak sedih sebab anak pasangan Mullins, Bee/Annabelle, ni mati kena langgar kereta. Mereka terlampau rindu sampai buat hubungan dengan syaitan/kuasa jahat untuk berjumpa dengan anak mereka. Roh si anak tu duduk di dalam badan patung itu.

Makin lama roh jahat tu makin kuat sehingga mencederakan Mrs. Mullins. Mr. Mullins mengambil keputusan untuk kurung anak patung yang ada roh itu di dalam almari yang sudah didindingkan dengan ayat suci mereka.

Setelah 12 tahun, anak-anak yatim dibawa masuk ke dalam rumah pasangan Mullins bagi menceriakan kembali rumah mereka. Namun, kejadian aneh berlaku selepas Janice membuka pintu almari yang ada patung Annabelle. Roh jahat mula mengacau dan merasuk tubuh Janice. Dan kekal duduk dalam tubuh Janice sampai ke besar. Pasangan Mullins mati dibunuh oleh roh jahat itu.

Part yang Janice nak lari sebab kena kejar dengan benda tu, kalau I jadi Janice dah lama lari turun tangga tak ingat dah kaki tu sakit 😂 Takde nak guna kerusi tu. And jangan tenung anak patung tu lama-lama. Dan hantu yang keluar dalam cerita ni pun akan ada movie sendiri, iaitu Nun.

Korang kena tengok cerita ni 😉

RATING
★★★★

August 15, 2017

Rebus Telur di Felda Residence Hot Spring, Sungkai


Hello readers 😊

Ahad baru ni kami 4 beranak ke Sungkai untuk menikmati air panas dekat Felda Residence Hotspring, Sungkai, Perak, harga masuk untuk dewasa RM15. Hajat nak mandi tak kesampaian sebab ramai sangat dan panas terik. Jadi kitorang cuma rebus telur dan rendam kaki dalam air panas yang panas sangat 😂 


Ada dua jenis telur, telur ayam dan telur puyuh. Harga untuk semangkuk telur ayam RM5(enam biji) dan sebekas telur puyuh RM8.


Kitorang beli dua-dua jenis. Telur ayam rebus separuh masak 😋 dan telur puyuh rebus sepenuh masak. Seperti biasa ibu sangat teliti, dia dah siapkan semuanya ; kicap, lada 👍  Can't live without you, mother 😘


Tadaaa !!!

Selepas itu, dah berehat kitorang pun rendam kaki dalam air panas. Mula-mula masuk tu memang tak tahan sebab panas sangat, lama-lama okay. Sesiapa yang ada kudis luka dekat kaki tu boleh la rendam. Memang 😅👍


Ayah teringin nak memanah katanya. Jadi dia ajak fight 😂 Macam biasa kitorang dua beradik on je kalau kena cabar. Well, not bad la haha. Walaupun satu panah tersasar kena atap tu 😂 Harga RM10 seorang untuk 15 anak panah saja.


Dan kemudian kitorang balik ke hotel nak tidur 😴